Sunday, 19 May 2013

Selawat Mukhatab ;D

Assalamualaikum w.b.t

Okayyhh... Saya nak beri satu selawat yang boleh diamalkan....
Selawat ni saya tahu masa solat hajat dekat sekolah ....


Syaikh Ibnu Saifuddin al Jabari qadasallahu sirrahu berkata:”siapa yang membaca selawat dan salam atas nabi s a w seperti dibawah ini pada malam Jumaat sebanyak 1000 (seribu kali),kemudian dibiasakan secara rutin setiap malam 1000x sampai hari jumaat berikutnya, maka memperoleh apa yang diperlukan, dan hajat yang diperlukan dikabulkan.Dan inilah rahsia mendatangkan hajat yang mengagumkan:

ا لصَّلا ةُ وَالسَّلاُ مُ عَـلَـيْـكَ يـاَ سَـيِّـدِ ى يـَا رَ سـُوْ لُ ا لَّلـهِ 
                          خـُذْ بـَـيَـدِ قَـلَّـتْ حِـيْـلَتِ اَدْ رِكْـنِي
         [Ashalaatu wassalaamu ‘alaika yaa sayyidii yaa rasulullah khudz biyadi qallat khillati adriknii.(100 x)]
Ertinya :
Rahmat dan keselamatan semoga tercurahkan kepadamu wahai junjunganku, ya rasulullah,peganglah tanganku, habis daya upayaku, dapatkanlah aku.
Dalam bukunya Amalan para ulama salaf ustaz Abdullah afifi Thaifuri menulis khasiat selawat ini sebagai berikut :

  1. Bagi anak anda yang sedang menuntut ilmu supaya diberi kecerdasan maka bacalah selawat ini sebanyak 1000 kali dalam sehari semalam,insya Allah apa yang anak anda inginkan cepat terkabulkan
  2. Jika selawat ini dibaca 1000 x pada hari jumaat dan dibaca sebanyak 11 x selain hari jumaat dengan istiqamah, insyaAllah anda akan memperoleh keselamatan dari ancaman marabahaya.

HasratHati : Semoga kamu semua boleh amalkan yeee selawat mukhatab ni...

No comments:

Post a Comment